Tuesday 1 October 2013

WELCOME TO MY BLOG

kepada semua yang telah mengenguk bolg saya ini saya ucapkan ribuan terima kasih atas kungungan anda...
tahu kah anda? penternak ayam sabung yang baik ada satu aktiviti yang sangat memberi impak kepada remaja-remaja pada hari ini,sebilangan besar seluruh negara ataupun negeri mempunyai tempat-tempat yang baik untuk dikunjungi kepada para peminat ayam sabung ini.pada blog ini bertujuan untuk memberi pandangan dan pendapat terhadap aktiviti penternakan ayam sabung ini,koleksi ayam reban...

Pengurusan anak ayam (1 hari - 4 minggu)
  • Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
  • Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
  • Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
  • Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
  • Boleh dilepaskan pada siang hari
  • Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
  • Sediakan sarang bertelur
  • Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
 Pembiakan
  • Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
  • 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
  • Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
  • Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
  • Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
Mengawal dan Mencegah Penyakit
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
  • Warisan
  • Pemakanan
  • Pengurusan
  • Persekitaran
  • Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
  • Reban sentiasa bersih
  • Anak ayam bebas dari penyakit
  • Jauh dari ternakan dan haiwan lain
  • Pelawat perlu dikawal
  • Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
  • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
  • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
  • Umur 1 hari - Sampar Ayam "F" (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
  • Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar "F"
  • Umur 6 - 8 minggu - Sampar " S "
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
  • Kurang nafsu makan
  • Monyok dan tidak aktif
  • Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
  • Muka bengkak
  • Berak cair atau berdarah
  • Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
  • Sampar ayam (ND)
  • Penyakit Gumboro (IBD)
  • Puru
  • Salmonellosis
  • Pasteurellosis
  • Lain-lain

Ayam Muda di rebanKu

 maaf foto-foto lambat sikit update...sibuk sikit...